SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Saturday, October 6, 2007



Juzt-Reboot telah mengeluarkan produk terbaru iaitu sistem baik pulih segera bagi vesi Juzt-Reboot Vista. Terknologi terbaru ini telah ditingkatkan dengan penggunaan buffer sebanyak 2048MB atau 2GB untuk memberi ruang yang lebih besar kepada pengguna. Juzt-Reboot JR-PCI-VT ver. 10.0 ini merupakan kesinambungan dan peningkatan kepada Juzt-Reboot JR-PCI-NT ver. 9.3/9.5 iaitu untuk Windows NT/XP.

Monday, September 24, 2007

Sega Rally Revo




Sega telah mengeluarkan kembali Sega Rally Revo, permainan terbaru dalam siri Sega Rally. Siri ini bermula sejak tahun 1995, kini para peminat telah menunggu lama akan tajuk terbaru, di mana kali terakhir ia dikeluarkan adalah pada tahun 1999 dalam bentuk Sega Rally Championship. Kini Sega Rally Revo telah muncul dan menjadi satu permainan yang para peminat rali mahu memilikinya. Kebanyakan permainan perlumbaan rali kini lebih kepada simulasi tetapi Sega Rally Revo lebih kepada gaya perlumbaan arked, di mana sekumpulan kereta akan berlumba dalam sebuah litar tertutup dalam sebuah pertandingan yang mana pemenangnya adalah yang terpantas dalam tiga pusingan. Permainan ini kelihatan menarik dan setiap kereta kelihatan dimodel dengan terperinci malah keadaan sekeliling juga telah dibina dengan sistem yang baik di mana litar akan berubah setiap kali satu kereta melaluinya. Ini adalah baik terutama untuk jalan yang berlumpur. Dengan suasana tropikal yang pernah dipaparkan, ia juga melibatkan suasana sejuk dan bersalji. Litar akan mengambil tempat di kawasan gunung dan pertandingan akan melihatkan anda dan rakan-rakan anda mendaki gunung dengan kereta lumba masing-masing. Setelah anda berjaya melalui litar, anda akan melalui pula jalan bertar dan seterusnya jalan yang basah kemudian jalan yang meliputi hutan hujan serta salji apabila sampai ke puncak. Perubahan jalan itu berlaku dengan cepat dan proses itu akan berbalik apabila anda turun dari puncak. Terdapat enam suasana dalam permainan ini dan enam litar dalam setiap suasana. Antara suasana yang anda akan lalui adalah tropika, bersalji, safari dan artik. Terdapat juga gurun dan berpasir yang bakal mencabar anda dan kereta anda. Sega Rally Revo menyediakan kira-kira 30 jenis kereta dalam permainan ini. Selain daripada kereta terkini, anda juga akan dihidangkan dengan kereta klasik seperti Celica dan beberapa kereta bonus yang menarik. Beberapa litar lama juga bakal muncul dalam permainan ini dan ia mungkin boleh dimuat turun daripada Internet.Para peminat Sega Rally pasti akan menerima permainan ini dengan hati yang gembira dan teruja kerana sudah lama Sega Rally tiada di pasaran. Saya juga adalah peminatnya dan ia pasti akan menguja memori dan nostalgia pertama kali bermain Sega Rally. Ciri-ciri menarik
*
Perlumbaan rali Bumper to bumper : perlumbaan rali pertandingan yang hebat dengan beberapa jenis kereta di dalam litar yang menarik.
*
Perubahan : Suasana yang boleh berubah dan permukaan jalan juga begitu bagi memberikan suasana yang berlainan setiap pusingan yang dilakukan.
*
Kelajuan dan adrenalin : Seronok, litar berpusing, pelbagai jenis permukaan dan pelbagai jenis kenderaan termasuk 4WD, 2WD dan kenderaan klasik.
*
Pemanduan fantasi : Menyediakan dunia yang menarik dan cantik dalam grafik yang terperinci di mana ada 8 suasana yang mencabar.
*
Pertandingan : AI termaju, multipemain dan keupayaan dalam talian untuk pertandingan yang sihat untuk semua jenis pemandu.4.0 – persembahan4.0 – grafik3.5 – bunyi4.0 – kepermainan 4.0 - keseluruhan Negatif : Kurang kereta; kurang suasana.Positif : Grafik; kesan bunyi; kepermainan; permainan klasik. Sistem cadangan : Windows® Me/2000/XP; Pentium IV 800 MHz atau lebih tinggi; RAM 256MB minima; ruang HDD 1GB; pemacu CD-ROM dan kad grafik 128-bit dengan sekurang-kurang 32MB memori.